Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Aku selalu berfikir macam mana nk jadikan hidop ak lebih produktif. Semua orang punya masa 24jam sehari. Dalam tempoh 24jam, ada yang mampu buat sesuatu yang dapat beri kepuasan pada diri masing-masing. Tapi aku? Aku masih di situ. Hanya memerhatikan kejayaan yang dimiliki dan dikecapi oleh mereka yang berjaya dalam bidang mereka sendiri.
Bagi aku mereka ini sudah pun berjaya kerana mereka punya bakat dan sangat kreatif untuk menyampaikan idea seperti Matlutfi, AmanWan dan Adibah Awg.Diorang nih sume vlogger. Kalau blogger plak aku suka layan Maria Elena, Fatin Liyana, Hanis Zalikha n Raihanna. Biasanya aku akan blogging tyme ak LOST! Kira diorang ni mcm booster aku la..gitteww.. tapi seriusly diorang nih sume sgt berinspirasi bagi aku.
Aku masih dalam proses pencarian untuk mengenal diri sendiri dan memahami kehendak dan kemahuan dalam hidup. Aku mahukan jawapan kepada "Apa tujuan sebenar aku hidup?" "Untuk apa sebenarnya aku hidup?" Kata Atul "bukan susah untuk jadi orang dan bukan senang untuk menjadi manusia". Jika dilihat secara kasar "orang" dan "manusia" itu memberi maksud yang sama tapi dua perkara ini memberikan maksud yang berbeza pada aku. Orang adalah makhluk yang bernyawa dan berakal untuk melakukan perkara rutin dalam kehidupan seharian seperti makan,tidur, mandi, kerja etc. Hanya melakukan perkara yg biasa. Manusia pula jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan makhluk2 di muka bumi nih. Semua orang bole jadi orang tp x semua orang leyh jadi manusia.
Aku harap satu hari nanti aku dapat kenal dan faham diri sendiri. Doakan aku korg!
Amin..Wassalam.
0 kata kauu:
Post a Comment