BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Sunday, May 5, 2013

PRU 13

Assalamualaikum wbt.

Hari ni sume rakyat Malaysia yg mengundi upload pix jari pki dakwat kekal. Berdebar nak tgu keputusan PRU 13. Semoga segala keputusan yang dibuat dapat memberi manfaat kepada semua. Amin~

* Saket tengkok! ttw punca nya knp. yg penting ak tekanan sbb saket ni! huh. dugaan~~~

Saturday, May 4, 2013

NAMA ANAK



Bismillahirrahmanirrahim..

[Gabungan Nama]

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

________________________________________________________________

[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina
B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun
T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh
Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa
Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

Video ulasan dari Ustaz Sharhan.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=T64-HDbb7MQ
Like ·  ·  · 12 minutes ago via mobile · 

juz one word!







PATHETIC me!

Thursday, May 2, 2013

Doa Untuk Pesakit Kanser


Assalamualaikum wbt

Doa Untuk Pesakit Kanser




Amalkan Bacaan ayat-ayat dan surah-surah berikut sebanyak tujuh kali dan ditiup pada air lalu diminum.
    1. Surah al-Fatihah
      2. Surah al-Baqarah, ayat 1 hingga 5, ayat 163 hingga 165, ayat 255 hingga 257, ayat 285 hingga 286.
        3. Surah Ali Imran, ayat 1 hingga 5, ayat 18, ayat 26 hingga 27.
          4. Surah al-A’raf, ayat 54 hingga 56, ayat 117 hingga 119.
            5. Surah Yunus, ayat 80 hingga 81.
              6. Surah Taha, ayat 65 hingga 69.
                7. Surah al-Mukminun, ayat 115 hingga 118.
                  8. Surah as-Saffat, ayat 1 hingga 15.
                    9. Surah ar-Rahman, ayat 31 hingga 34.
                      10. Surah al-Hasyr, ayat 21 hingga 24.
                        11. Surah al-Mulk, ayat 3 hingga 4.
                          12. Surah al-Qalam, ayat 3 hingga 4.
                            13. Surah Jin, ayat 3.
                              14. Surah al-Kafirun.
                                15. Surah al-Falaq.
                                  16. Surah an-Nas.
                                  Sumber : Ustaz Azhar Idrus 

24 jam


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Aku selalu berfikir macam mana nk jadikan hidop ak lebih produktif. Semua orang punya masa 24jam sehari. Dalam tempoh 24jam, ada yang mampu buat sesuatu yang dapat beri kepuasan pada diri masing-masing. Tapi aku? Aku masih di situ. Hanya memerhatikan kejayaan yang dimiliki dan dikecapi oleh mereka yang berjaya dalam bidang mereka sendiri.

Bagi aku mereka ini sudah pun berjaya kerana mereka punya bakat dan sangat kreatif untuk menyampaikan idea seperti MatlutfiAmanWan dan Adibah Awg.Diorang nih sume vlogger. Kalau blogger plak aku suka layan  Maria ElenaFatin LiyanaHanis Zalikha n Raihanna. Biasanya aku akan blogging tyme ak LOST! Kira diorang ni mcm booster aku la..gitteww.. tapi seriusly diorang nih sume sgt berinspirasi bagi aku.

Aku masih dalam proses pencarian untuk mengenal diri sendiri dan memahami kehendak dan kemahuan dalam hidup. Aku mahukan jawapan kepada "Apa tujuan sebenar aku hidup?" "Untuk apa sebenarnya aku hidup?" Kata Atul "bukan susah untuk jadi orang dan bukan senang untuk menjadi manusia". Jika dilihat secara kasar "orang" dan "manusia" itu memberi maksud yang sama tapi dua perkara ini memberikan maksud yang berbeza pada aku. Orang adalah makhluk yang bernyawa dan berakal untuk melakukan perkara rutin dalam kehidupan seharian seperti makan,tidur, mandi, kerja etc. Hanya melakukan perkara yg biasa. Manusia pula jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan makhluk2 di muka bumi nih. Semua orang bole jadi orang tp x semua orang leyh jadi manusia.

Aku harap satu hari nanti aku dapat kenal dan faham diri sendiri. Doakan aku korg! 
Amin..Wassalam.

Wednesday, May 1, 2013

Helo Atkins diet !


Assalamualaikum wbt

HEPI LABOUR DAY !!
( even im da jobless..uhuk! )


Merujuk title post di atas, aku br je berkenal-kenalan ngan Atkins Diet nie. Sila rujuk blog nie.
Credit to ADIBAHTUL sbb btau ak psl diet nih.

Ak tak tahu la leyh BERJAYA ke x ngan diet nih. Tak cuba belom tahu, rite? Ak ingat kan nak mula diet arini tapi....hurmmm...stelah blogging, cara pemakanan ak tuh x btol..sbb nye pagi td ak bekpes sebungkus nasi lemak, segelas air milo dan beberapa ketul cekodok kelapa. pastu lunch ak termakan tempe yg merupakan sejenis kekacang. Aku nih da la jenis pantang nampak makanan punya orang.huhu.

Sebelum ni ak penah cuba xmakan nasi tapi x bole la klu sehari xdpt nasik. SAKET OTAK! haaa..sila percaya! Agaknya mentaliti ak yang buat an ak ase camtu kot.Aku buat dlm masa kurang dua mgu kot pastu ak stop. 

Aku ingat lagi zaman kat matrik dulu,, aku lost weight almost 10 kilos weyy (jatuh x rahang korang?) haha..
Tyme uh mmg aku dpt sokongan sepenuhnya ngan rumates aku.. kitorg mmg berazam sungguh2 nak turun an berat bdn.. stp ptg kitorg jogging, makan x penah skip, ade jadual lost weight every week, beli penimbang, pastu siap kene denda klu berat naek (even sekilo kg pun)..ini sume kisah 4 thn yg lepas..

Sekarang nih berat ak naek balik. mahu 6kilo kot. almaklumlah duduk umah sebulan (tanam anggur!) pastu bilik plak sebelah dapor..dapor plak slalu ade mknn..mmg ngap ngap ngap je la keje ak..uhuk..dagu pon da double...(bole x nk mkn byk2 tp nak badan kurus??) haa.. mengarot! 

Thursday, April 18, 2013

x-factor



Assalamualaikum wbt.

Seperti selalu, untuk memulakan sesuatu, aku mesti blurrr.. tak tahu  bagaimana mahu memulakan sesuatu perkara. Baiklah. Take a deep breathe shy!

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, aku ingin memulakan penulisan di blog usang ini..

Kenapa aku public kan semula blog memoimiong.blogspot.com nih setelah hampir sepuluh bulan aku private?Aku sendiri tak pasti untuk menjawab soalan itu. Apa yang aku boleh beritahu adalah hati ini dengan sendirinya telah memberi peluang baru untuk diri aku menulis semula agar aku dapat menikmati kehidupan dan mensyukuri segala nikmat dan pemberian Illahi. 

Sekarang, pada tahun 2013 ini, usia aku menjangkau 23 tahun tetapi aku masih tidak dapat lagi jumpa my own X factor a.k.a kekuatan diri aku. Aku masih buntu di kala ini. Namun dengan berbekalkan keyakinan terhadap janji Allah yang pasti, aku menjadi kuat dan takkan putus asa. Insha Allah.

Secara jujurnya, aku cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Shila Amzah. Usia kami sama, tapi dia telah mengecapi segala apa yang aku idamkan. Dia dah around da world n da punya x factor nya yang tersendiri. tapi kami masih punya persamaan..hehe.. masih belum jumpa Mr. Right.

psstt..awat ayat aku mcm skema ja? haha *persetankan!